Webinar Industry at FBKT – Kelestarian Alam Sekitar Melalui Teknologi Nuklear

Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan telah menganjurkan Industry@FBKT webinar bertajuk “Environment Sustainability via Nuclear Technology”. Webinar yang melibatkan pelajar tahun 3 Program Teknologi Bahan (SEB) ini menampilkan penceramah jemputan daripada  Natural Rubber Latex Irradiation Facility (RAYMINTEX Plant), Malaysian Nuclear Agency, Selangor, Malaysia, iaitu Dr Sofian b. Ibrahim.

Dr Sofian b. Ibrahim adalah pegawai penyelidik kanan dan telah terlibat secara aktif dalam penyelidikan yang melibatkan pemvulkanan lateks getah asli menggunakan sinaran gamma selama lebih daripada 15 tahun. Daripada penyelidikan ini, beliau telah memperoleh pelbagai pengiktirafan dan anugerah seperti Hadiah Utama dan pingat emas di Seoul International Invention Fair 2020 (SIIF2020) dan beberapa pertandingan inovasi tempatan. Selain itu, beliau juga mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam penyinaran alat perubatan (sterilization), makanan dan herba (decontamination). Pada masa ini, beliau bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) dan MARDI dalam projek mengeksport buah-buahan tempatan Malaysia ke AS.

Sesi webinar yang berlangsung ini mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan pelajar dengan sesi Q & A yang sangat menggalakkan. Diharapkan agar perkongsian bekaitan apliasi teknologi nuclear dalam pensterilan produk industri mampu membuka minda pelajar untuk meneroka bidang sinaran apabila tamat belajar kelak.

ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah